Wednesday, October 24, 2012

KBP INDUK ZON 1 BABAGON

Malam Sunyi sepi... Bintang-bintang cemerlang... berkilauan dihiasi bulan yang terang... Cehhhh waaaa... Ne kes boring tengah malam la ne... hehe.. Sambil-sambil melayan boring, teringat pula kenangan lama bersama dengan rakan-rakan seperjuangan dalam pelayanan KBP INDUK Zon 1 Babagon... Lebih baik saya imbau kenangan2 lalu bersama dengan mereka dengan menulis artikel tentang mereka2 ini kan? huhu...

Nah, tatapilah gambar-gambar kenangan terindah kami sepanjang aktiviti2 yang kami jalankan bersama, dan ini merupakan Sesi 2010-2012.....

Gambar: Kenangan selepas mesyuarat Induk di Gereja Babagon

Gambar: Memori ini ketika kami membeli-belah di Pekan Nabalu Ranau..

Gambar: Ini pula ketika kami menerima Salib Yesus/Belia di Zon kami..

Gambar: Yang ini pula aktiviti kami semasa Good Friday 2012..

Itulah sebahagian daripada aktiviti saya bersama dengan rakan-rakan KBP INDUK sepanjang 2012... Memang banyak la perkara suka duka yang kami harungi bersama.. <3 p="p">

Tidak lama lagi, akan berlakunya sesi pembubaran KBP INDUK dan akan berlangsungnya pemilihan KBP INDUK yang baru iaitu bagi sesi 2012-2014.. Adakah KBP INDUK yang lama akan berkekalan ataupun adanya perubahan ahli dalam Tim??? Saya pun tidak tahu, biarlah Tuhan yang menentukannya.. Apa yang penting, seharapnya, rakan-rakan belia di luar sana sentiasa bersedia.. Orang bilang, yang lama atau senior tu, jadilah mentor kepada belia2 yang baru... hehe..

Apa yang penting, kawan lama tetap kawan lama.. hehe...




Gambar: Adakah belia ini yang bakal-bakal menjadi KBP INDUK Zon 1 sesi 2012-2014?

"BUKAN KAMU YANG MEMILIH AKU, TETAPI AKU YANG MEMILIH KAMU"



Tuesday, October 23, 2012

Berbelia selagi masih belia......

Gambar: Revolusi Belia II

Shallom,

Ini kalilah..hehe.. saja mahu update blog yang lama tidak kena update... Bha, apa cerita kita ini? Well, kalau saya cerita terbaru macam2 ada laaaa... Tapi yang saya mau kongsi di sini ialah mengenai dengan perkembangan terbaru belia di Zon 1 Babagon... 

Tanpa rasa ragu-ragu, saya selaku ketua belia (KBPZ 1 bagi penggal 2010-2012), amat berpuashati dengan keadaan belia di Zon naungan sendiri. Saya boleh lihat penglibatan aktif belia sepanjang aktiviti yang diadakan.. Bukan sahaja aktiviti peringkat Zon, malah aktiviti peringkat Paroki turut mendapat sambutan, buktinya seperti gambar2 yang berikut:

Gambar: SYD3 Tambunan 2012

Gambar: Ekspedisi Menawan Puncak Kinabalu, 9-10 Ogos

Gambar: Pentahbisan Deacon Daniel menjadi Father, 4 Ogos 2012

Inilah sebahagian daripada aktiviti-aktiviti belia Zon 1 Babagon yang berlangsung sepanjang tahun ini.. Aktifkan belia2 di sini?? hehe,... Bha, bukan la bha mau menunjuk-nunjuk tetapi sekadar mahu berkongsi khabar gembira ini kepada umum.. hehe.. walauapapun, terima kasih kepadaNya kerana terus memimpin belia2 kami untuk terus berjalan di atas "landasanNya". Puji Tuhan..

Tidak lama lagi, Kepimpinan KBP Zon 1 akan bertukar untuk sesi 2012-2014. Apa yang saya mahu katakan di sini kepada bakal-bakal peneraju KBP Induk yang baru adalah "Berbelialah selagi anda masih belia", Maksudnya, jangan sia-siakan zaman belia anda.... Jadilah Belia yang berkualiti dan berguna kepada umat... =)

Tuhan Memberkati kita Semua.....

Thursday, October 11, 2012

I am Back!!!

Holla! Lama suda saya tidak memblog... Mahu cakap tiada masa pun bukan juga... Malas bha kunun! hehe.. Apa-apapun, Kepada yang mengikuti perkembangan blog saya, minta maaf atas kelalaian ini kio.. Bha, mulai sekarang, saya akan usahakan untuk sentiasa aktif mengupdate blog saya! hehe.. Adiosss!