Monday, January 11, 2010

Tahun Baru>>>Azam Baru

Beberapa hari yang lepas, tahun 2009 telah melabuhkan tirainya..Tahun 2010 pula baru sahaja membuka tirainya...Kepada rakan2 yang dikenali dan mengenali diri ini, belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat Tahun Baru..Semoga tahun 2010 ini menjadi tahun yang terbaik untuk kita semua..
Tahun Baru mestilah ada Azam Baru kan..Bagi saya, tahun 2010 merupakan tahun yang saya kira agak "sibuk" kerana tahun ini saya telah memikul satu lagi tanggungjawab iaitu sebagai ahli KBP Induk Zon 1..Syukur kepada Tuhan kerana memilih saya untuk melibatkan diri dalam KBP Induk dan saya yakin bahawa Tuhan maha tahu apa yang direncanakanNya..
Tahun ini juga merupakan tahun yang agak mencabar bagi saya kerana semester ini kami ditugaskan untuk menyediakan bahan Tesis untuk dibentangkan..Tesis ini penting kerana kejayaan Tesis inilah yang akan menentukan sama ada seseorang mahasiswa itu boleh bergraduasi atau tidak..Oleh itu, saya harus menumpukan 100% perhatian terhadap pengkuliahan saya pada semester ini di samping terus melayani bersama-sama dengan belia seperjuangan khasnya belia Z0n 1 Babagon..
Oleh,tahun 2010 ini saya berazam untuk terus cemerlang dalam pelajaran dan dapat Melayani serta menyumbangkan sesuatu yang berfaedah kepada KBP Zon 1 Babagon..Selain itu, saya juga ingin memperbaiki kesilapan pada tahun lepas dan menjadi lebih berdisiplin..hehe..
Semoga Tahun 2010 menjadi tahun yang sukses untuk diriku...huhu..Amen..

1 comment: