Tuesday, November 10, 2009

>>>>Keluarga KesayanganKu<<<<

Shallom!! Kalau kamu nak tahu, saya mempunyai sebuah keluarga yang agak besar.. Saya mempunyai 7 orang adik beradik...Inilah urutan anggota keluarga saya:-

Lian Liana Dawoi>>Nenek kesayanganku>>73 thn>>Masih kuat bekerja-Berkebun, toreh getah & berniaga>>Menyayangi anak & cucunya

Mr George Adrian Kutting>>My Big Boss @ Daddy>>46 thn>>Sangat tegas dan mementingkan kesempurnaan>>Banyak memberikan contoh yang positif kepada anak2nya..


Mdm Regina Gingot>>My Super Mom>>44 thn>>Sangat bagus dalam berkomunikasi>> Caring and Loving>>I love u Mum

Next is my Brother>>Boniface Cyril George>>24 thn>>Bekerja sendiri>>Hobi main game ja>>Kadang2 gila2..huhu..>>Sorry teda gambar..lupa save..huhu..

Barry Calvin George>>Abang kedua>>22 thn>>Masih study di Politeknik KK>>Friendly and Soft Spoken>>Good in mechanical enginering>>Sorry teda gambar..huhu..

Baxter Collin George>>The third son>>20 thn>>Ums Student>>Very Social person>> Minat Beckham & penyokong kuat Liverpool>>Meminati bidang sejarah!!>>Luv Sports

Betsy Josephine George>>15 thn>>first daugther>>Smk Dpm Student>> Manja kadang2>> Good in art, Creative>>Takut & malu dengan laki2 especialy stranger

Bobby Carlson George>>14 thn>>Anak kelima>> Pelajar tingkatan 2 Smk Dpm>> Nakal & keras kepala>> Pintar tapi pemalas...huhu>>Kadang2 rajin

Bethnie Joycintha George>>12 thn>>Primary 6 student Sk Babagon p6punk>> second daughter>>Rajin & Pintar>>suka membantu bila diperlukan..

Bebeto Christo George>>Anak Bongsu>>11 thn>>Thn 5 di Sk Babagon P6punk>>Hyper active>>Nakal>>Boros>>Kadang2 rajin..huhu..

Monday, November 9, 2009

Happy Birthday Jinol,Jane & Jessica

Birthday boy and girls

P/s:Happy Birthday to Jinol,Jane and Jessica...May God bless u all and thanx 4 inviting us to celebrate your birthday...

Date>>>8/11/2009>>Sunday


Time>>1.00pm


Venue>>>Kg kakahangan Timpoluon @ Rmh Jinol


Activities>>Praying with Sister, Singing, Poco2 dance, Sumazau, Twist, Joget, & Rumasam..


Kbp members that join da Party:-


1)Marcellus@Kilur
2)Sonny@Yoyou
3)Baxter Beckham@Bibir
4)Ervin Kieren Dos Santos @ Karas
5)Widy@Gumi Togoron
6)Melldry@Mell
7)Harry@Kitung
8)Jemay@May
9)Roland@Balan
10)Scholastica@Kika
11)Brenda@Inda
12)Marcheline@Mimie
13)Elsie
14)Rika
15)Wilber@Ibo
16)Wilmeh@Yoyo
17)Melly@Pipie
18)Meron@Goboy
19)Christy@Cheche
20)Elizabeth@Sorundung
21)Aloysius@Aloy
22)Charlie@Perawan
23)Gerrad@Jelek
24)Raynold@Nold
25)Emmiliana
26)Danielle Debra
Some of our activities



MEGA LONG!!!

Sesiapa yang tinggal berdekatan dengan area Penampang semestinya sedar akan kewujudan Mega Long...Mega Long mula dibina sekitar 3 tahun yang lepas dan diuar-uarkan sebagai pusat membeli-belah yang terpanjang di Penampang..Data ini sememangnya menarik dan sedap untuk didengar oleh sesiapapun..Akan tetapi, pembinaan Mega Long ini sebenarnya turut memberi impak negatif>>>Sebagai belia,inilah pendapat dan pandangan kaca mata saya sendiri mengenai dengan pembinaan Mega Long,
1)Menggalakkan pembaziran wang ringgit..
>>>Sememangnya akan terjadi kerana ura-ura mengatakan bahawa Mega Long ini akan dilengkapi dengan panggung wayang,pusat siber, shopping mall & mcm2 lagi..Mega Long ni seakan-akan menggantikan tempat centre Point di KK kerana orang ramai yg tinggal di Penampang tidak perlu lagi bersusah payah ke KK..turun Donggongon ja bah..
2)Masa bukan lagi "emas yang berharga"
>>>>Memang sah belia2 akan menghabiskan masa berharga mereka terutamanya hujung minggu berkeliaran di Mega Long..Org bilang,sekadar "cuci mata" pun jadilah..Kemungkinan masa untuk "melayani" pun dipinggirkan..
3)Ponteng Sekolah..
>>>>Hal ini mungkin terjadi memandangkan lokasi Mega Long yang berdekatan dengan 4 buah sekolah di Penampang iaitu Sm St Michael, Smk DPM, Smk Bahang dan Smk Limbanak..Anak muda terutama yang nakal2 menjadikan Mega Long sasaran utk ponteng sekolah.
4)Menambahkan kesesakan lalu lintas di area Penampang,
>>>>Semestinya kerana kuantiti kenderaan yg singgah di Donggongon bertambah..Tidak perlu lagi bersusah payah pergi ke KK..
5)Bilangan Populasi Pilaxx Bertambah??
>>>>Jika kita lihat di bandar Donggongon ketika ini,populasi Pilaxx blh dikatakan ramai..Dan cuba bayangkan jika Mega Long sudah mula beroperasi?Sudah tentu bilangan populasi ini bertambah berganda-ganda...Bukan nak bersifat rasis ataupun prejudis terhadap populasi ini, cuma sy sedikit terkilan dengan gaya hidup mereka yg ganas, kurang sopan, tidak menghormati dan kadang2 biadap..(bukan semua tapi kebanyakan mereka)..Jika hal ini terjadi,sy boleh membayangkan bahawa kita seolah-olah hidup di bumi Timor Leste..
6)Kes Jenayah & Gejala Sosial Meningkat..
>>>>>Kes seperti bertumbuk,bergaduh,mencuri,merompak,melepak,vandalisme dan lain2 diramalkan meningkat..Sebab ramai muda-mudi akan berkumpul di kawasan Mega Long dan sekaligus meningkatkan risiko berlakunya gejala2 sosial ini...(faham2 la jiwa remaja ini..)
Walaubagaimanapun, pembinaan Mega Long ini bukannya tiada kesan putihnya..Pembinaan Mega Long ini sekaligus meningkatkan taraf bandar Donggongon itu sendiri dan juga menyediakan peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat..Oleh itu,kepada muda-mudi di luar sana, gunakanlah kemudahan yang disediakan dengan sebaik-baiknya dan bukannya menyalahgunakannya..
p/s: Cuti sekolah sy mau kerja di Mega Long..huhuhuhu..

Friday, October 30, 2009

Sundait Tinaru Tulun Tokou....

"Biar mati anak tapi jangan sampai mati adat.." Begitu la peribahasa yg sangat sesuai utk merujuk kpda tajuk di atas...Akhir2 ini,ahli geng POGOL telah ketagih dengan satu aktiviti terbaru iaitu jual beli sundait...Asal berkumpul msti ada sundait yg dijual n dibeli....Dan antara sundait yg paling Popular ialah
>>>Toto Parababang,magandad Toli Tanaru<<<<
Sundait ini telah dijual oleh Togoron dan pening juga la mo cari jawapannya...Untuk pengetahuan, ahli2 yg aktif menjual sundait ketika ini ialah saya sendiri(curi sundait dari nenek), togoron,gundul,mel,jemay n aron..manakala,pembeli setia pula ialah giller,sony,kitung dan david serta ovin...
Sebenarnya,ada baiknya juga jual beli sundait ini diadakan terutama pada zaman moden ini..huhu..Saya berani mengatakan bahawa anak muda pada masa kini agak miskin dengan kebolehan utk monundait ka dusun bei...So,nasihat saya mari la ramai2 kita hidupkan kembali jual beli sundait yg telah diperturunkan oleh komolohingan kita dulu2..Teda keburukan bei jika kita minsundait..malah mmbantu menajamkan lagi kita punya fikiran n minda..huhu...
p/s: Teruskan tinaru komolohingan tokou!!!

Tuesday, October 27, 2009

No Glory 4 M.U...

Akhirnya,pada 25 bln 10 2009, Liverpool telah membuktikan bahawa mereka masih merupakan pasukan gergasi apabila berjaya menjinakkan pasukan M.U yg kebelakangan ini sedikit ego rentetan tidak pernah ditewaskan..Fernando Torres n David Ngog berjaya menumpaskan benteng Van der sar yg akhirnya membawa sinar baru kepada Liverpool utk merebut takhta liga...huhu..Anyway,gud job and keep it up..Terbukti bahawa M.U tidaklah sekebal seperti yg disangka n Liverpool tidak la selemah seperti yg dianggap oleh musuh2nya..huhu...
p/s:Liverpool Never Walk Alone.....

Thursday, October 8, 2009

Liverpool Never Walk Alone!!!

Logo Kebanggaan Liverpool

Steven Gerrad, Fernando Torres, Ryan Babel, Insua, Berbatov & etc.... Siapakah orang2 ini? Well,of course la liverpool club player & Hero..huhu..Org2 ini la yg byk berjasa sama kelab liverpool..Walau apapun tomahan, kritikan, kutukan & rungutan yg dilemparkan oleh org2 yg jeles dengan liverpool, SORRY 2 SAY OK...LIVERPOOL NEVER WALK ALONE!!!!!!! penyokong Liverpool yg setia seperti SAYA akan tetap berada di belakang Liverpool untuk mempertahankan maruah Liverpool..hohohohohoo...Biarlah Liverpool kalah seberapa banyak perlawanan asalkan Liverpool tetap COOL & BERGAYA..Jgn macam sesetengah kelab yg baru kalah atau seri sekali terus melenting dan mempersalahkan sistem pengadilan..(dgr2 manager MU mo kena denda sebab mngkritik pengadil masa MU seri dgn Sunderland..huhuhu.."pngadil tdk cergas" kununlah..haha..)Oleh itu, kepada Fans2 Liverpool, ayuhlah kita sama2 berjalan seiring dengan LIVERPOOL CLUB agar Liverpool terus maju melangkah ke hadapan..
p/s:kpd fans2 kelab lain, please jgn tunjuk perasaan di sini ok..huhu...PEACE!!

Thursday, October 1, 2009

Terima kasih saya ucapkan team KBP!!!!!

Hitung punya hitung, sudah lebih kurang 5 bulan penglibatan saya dlm KBP zon 1 babagon. Dalam tempoh yg agak singkat ini, sy dapat belajar byk perkara. Saya bermula daripada kosong dan perlahan-lahan belajar satu persatu perkara yg saya kira telah mengajar saya erti kehidupan sebenar.....Dan di kesempatan ini, sy ingin mengucapkan terima kasih kepada individu yg byk mengajar saya sepanjang penglibatan saya dlm KBP....

Puan Christina David/mama labit,

Individu yg sangat bertanggungjawab membimbing sy dlm KBP..banyak mengajar saya erti pelayanan dan memberi komen, kritikan dan nasihat yg positif kpd diri sy..Seorang yg sangat memahami dan sanggup menjadi ibu,kakak dan sahabat kepada saya dan rakan2 yg lain. Kadang2 bersikap tegas tapi bertempat..Semoga Tuhan memberkati pengorbanan anda..

Flevia/kakak labit,
Individu yg banyak berkorban sepanjang penglibatan sy dlm KBP terutamanya dlm bab pengangkutan..Pendorong sy utk melibatkan diri dlm pelayanan dan byk memberi nasihat serta contoh yg baik..Terima kasih atas dorongan & susah payah anda selama ini..
Seorang yg sy anggap sebagai cousin, adik dan kawan yg sangat memahami dan cool. Banyak berkongsi suka atau duka termasuklah masalah peribadi dengan sy. Nampak sahaja tenang dari luar tetapi sebenarnya seorang yg punyai pendirian yg teguh. Paling penting, mendorong sy untuk melibatkan diri dlm KBP walaupun kadang2 sy terpaksa berjalan seorang diri tanpa dia, dia tetap menyokong dari belakang..Semoga ko terus diberkati n teruskan sikap cool ko...huhu..
Kwn lama yg dulunya tidaklah begitu rapat tetapi berubah setelah penglibatan sy dlm KBP..Peribadinya sangat berbeza ketika sy mengenalinya dulu dan sekarang(kurang baik jadi lebih baik).. Kwn yg sangat memahami dan kadang2 serius+tegas..mmpnyai pendirian yg tersendiri dan berkepimpinan..Mengajar sy erti pelayanan gereja yg sebenarnya dan menjadi pendorong sy utk memajukan lagi diri sendiri..Banyak juga berkorban terutamanya dlm bab pengangkutan..Terima kasih dan semoga Tuhan memberkati pelayananmu..Keep your gud attitude & be yourself..
Rofino/abang labit,
Seorang yg peramah, cool dan down 2 earth..Sy anggap sebagai abang dan kawan yg sangat baik, memahami dan bertoleransi..huhu..Sepanjang mengenali beliau, sy merasakan diri sy berada dkt dengan "Syurga" kerana sentiasa ada kedamaian dlm dirinya..Mengajar sy erti kasih sayang dan makna hidup sebagai seorang kristian yg penuh kerendahan hati..Terima kasih dan teruskan keperibadianmu yg baik..GBU..
Kawan yg sangat jujur dan punyai karisma tersendiri..Berfikiran matang dan jauh melebihi usianya yg sebenar..Banyak menabur jasa dlm team KBP & bnyk juga mengajar sy erti kepimpinan dlm diri seorang belia..Semoga anda terus maju ke hadapan dan Tuhan sentiasa berada di sisimu..Thanx 4 being a "candle in the dark"...
Widy/Gumi/Togoron,
Uncle, abang dan kawan yg setia dan sangat periang..Bersama dengannya akan membuatkan kita sentiasa ketawa dan tersenyum..Selalu menjadi pendengar yg setia n sanggup mendengar luahan2 perasaan seorang yg kelukaan batin..haha..mulau nodi ti..Apa2pun, gumi banyak berkongsi pengalamannya sepanjang penglibatannya samada dlm KBP,CCR ataupun BMK..Terima kasih uncle n teruskan pelayananmu..GBU..
Seorang yg mudah dibawa berbincang dan sanggup berkorban jika sesuatu itu sangat musthak.. Sy anggap sbagai kawan dan abang yg sentiasa memahami.. Mengajar saya erti sahabat yg setia dan beza keseronokan duniawi & syurgawi.. We never walk alone ok..huhu..GBU bro..
Adik yg paling muda dlm KBP induk tetapi sy gelarnya sebagai diam2 ubi berisi.. Walaupun muda tapi sudah mampu utk berfikiran matang. Banyak mengajar sy tentang ilmu2 gereja dan berkongsi pengalaman hidup..Semoga Tuhan merahmati anda dan teruskan pelayananmu walaupun banyak cabaran & dugaan yg menghalang..
Dan kepada rakan2 KBP induk yg lain yg mungkin sy terlupa atau tak berkesempatan nak sebut nama korang semua kerana terlalu ramai, sy ucapkan terima kasih atas tunjuk ajar anda semua selama ini..Teruskan melayani dan jadilah belia yg berguna kepada gereja,kg,zon dan paling penting kepada umatnya..Shallom semua...


Friday, September 18, 2009

Melepaskan stress....

Macam mana cara mo melepaskan stress?huhuhu..senang ja jwpannya...enjoy la kan?hahaha..
Hari ini seperti yg dirancang semalam,kumpulan POGOLs iaitu Bibir, gumi@togoron, gilie, sonny@yoyou & tuntulnya(ika) dan mel pigi kaka jalan2 sana KK..Tujuan kami mo p tgk wayang kaka.. tapi si gumi sda warning awal2 supaya tida kaka tinguk wayang yg bikin takutt...
Kami jalan dari rumah am 8.30am dan berjumpa di donggongon kaka..tapi si sonny jalan awal.. jam 8am lagi....Sampai d donggongo,sempat lagi si Gumi p jumpa sumandak dia yg bernama magie...Odoi,nokofemes kawagu d donggongon gara2 si gumi..hahaha...
Lepas 2 kami tidak mo buang masa,terus kami naik bas pilak kaka...seperti yg dijangka,byk pilak2 dalam bas yg buat kami tidak senang..mcm seakan-akan kami berada di Indon ja rasanya..huhu..Nga mangan nopo do yess laaa...Oh ya,si sonny sama tuntul dia tidak dpt naik bus yg sama dgn kami sebab penuh..jadi terpaksa la dorang naik bus yg seterusnya..huhu..kami berjanji jumpa sana CP kaka..
Sampai di KK,kami p kasi kwn dulu si gumi p bayar insuran dia sana (lupa sda nma 2 tmpt).. Odoi,osomok no no "dead" sy sana bab 2 motor yg kulang hajal..nasib nyawa sy masih panjang..notopunan air sejuk bo kaka sy masa 2..huhu..
Lepas 2,kami p CP terus p makan..lapar kaka gia..Kami makan nasi ayam yg murah kaka..kesian kan..kami jumpa dorang sonny juga masa kami makan ni....
Lepas makan,terus kami p tgk wayang..mula2 si gumi mo balik da kaka..takut kaka dia mo p tgk wayang...Trauma kaka mungkin gara2 tgk wayang hantu dulu..hahahahha...Tapi atas godaan mulut manis sy sama kwn2 yg lain,si gumi akhirnya tewas..hahahaha..dia join juga kami..
Kami pilih punya pilih apa yg mo d tgk,akhirnya kami memutuskan utk tgk wayang lucu bertajuk G-Force...wow,mmng lucu laaa..si gumi pun tidak putus2 ketawa smpai sy pun terikut ketawa...osomok noh ababak tian..hahahaha...Si sonny,mel n gillie pun ketawa bkn pasal 2 wayang tapi pasal si gumi yg ketawa mcm kana koyok2..hahahaha...
Lepas habis tgk wayang,kami round2 lagi satu CP..mo cari kedai baju kaka...lama juga la kami mencari kedai yg kami mo...akhirnya jumpa dan good news bagi kami sebab harga baju yg kami mo sgt berpatutan....(kami mo tempah baju utk penutupan kempen ba kaka)..klo yg teda kolar,rm18 ja...yg ada kolar pula rm29 ja..sgt2 murah ba kan?huhu...
Lepas tempah baju,terus kami ambil keputusan utk pulang...dalam bus semua tertidur..gara2 penat melatah d KK..hahahahha....
Tapi yg paling best,kami dapat buang stress kaka n enjoy2....Tidak boring jln2 sebab sentiasa ada "penghibur"huhuhu.....

"Ambil la masa utk enjoy supaya tekanan dpt dihapuskan..huhuhu"

Thursday, September 10, 2009

Hujung minggu balik kampung!!!

Akhir2 ini kan,sy punya telinga sentiasa panas gara2 diasak oleh soalan2 panas daripada kwn2 seperjuangan sy di UMS...kamu mo tau ka apa soalan2 dorang? sebenarnya,semester ni kan,sy jarang berada di ums..tiap ujung minggu sy mesti balik kg..batang hidung sy di ums jarang2 org nmpak..sampai la kwn2 yg rapat dgn sy di ums buat teori sendiri knapa sy asyik menghilangkan diri tiap ujung minggu..Antara teori2 yg tidak diiktiraf adalah:

>napa ko balik kg ja bax?ko p jumpa girl fren ko ka d kg?
>ko ada problem ka bax?napa ko balik kg ja?
>saya tau,ko sombong sda bah ni kan?temberang sda ko smpai tidak mo kwn sda sama kami..
>mentang2 la ko pnya kg dekat,tiap minggu ko balik la..jeles kami ow..
>ko ni bax...anak mumy betul..tdk blh berpisah dgn keluarga..tiap minggu balik...

Itu la antara persoalan yg keluar dari mulut kwn2 sy d ums yg sy andaikan semuanya salah...hehe..Tapi sy tak slhkan dorang bab mungkin dorang tak tau apa aktiviti yg sy buat d kg yg sebenarnya kan...
Sebenarnya begini,sy balik kg tiap ujung minggu ni bukan kerana suka2 tapi sebab sy ingin menunaikan tnggungjawab sy sebagai belia d kg n ingin meneruskan aktiviti pelayanan gereja sy..tiada niat negatif bahhhhh..
Dan utk pngetahuan semua yg masih tdk tau,di Kg kmi atau lbh spesifik,d zon 1 babagon n zon 13 moyog sdg berjalan kempen ksedaran n pnjagaan alam sekitar yg sgt pnting bgi sy..sy akan merasa rugi jika terlepas utk mengikutinya walau sekali..
Sebab lain,sy mo teruskan pnglibatan sy dlm KBP & cuba sedaya upaya utk ikut semua aktiviti yg dijalankan spti meeting,pry meeting,novena,lawatan muhibbah,sesi luahan perasaan dll...

Jadi kpd kwn2 d luar sana,sy harap sy dpt mnjwab keraguan kmu semua knapa tiap ujung minggu sy balik semester ini berbanding semester lepas...Semester lepas,sy mmng aktif juga laa..tapi bukan aktif dalam pelayanan atau surgawi tapi aktif dlm aktiviti duniawi...Tiap ujung minggu msti lepak dgn kwn2 d 1Borneo,CP atau di KK Plaza...habiskan duit tgk wayang,shoping n enjoy....
Jadi,sem ni sy ingin mengubah cara atau gaya hidup sy supaya lebih kpd kehidupan surgawi dan diimbangi dgn keseronokan duniawi..Saya harap,kwn2 semua memahami isi hati sy n tidak berprasangka negatif terhadap sy kio kwn2ku yg tercinta..hehehehe...

*Ada masa kita tgk wayang baaaaa*

Pengalaman saya semasa Penampang Youth Day(pyd) 1

Shalom semua..harap sihat2 belaka seperti saya ni yg terlebih sihat..hehe..Hari ni sy ingin berkongsi dengan anda semua tentang pengalaman saya sepanjang menyertai PYD 1 yg bertempat di Zon inobong pada 28,29 & 30 Ogos.
Emmm,mcm mana mau mula ya...emm sebenarnya,sy dua hati juga bah mo ikut 2 pyd kaka 2... Sy kira mo tarik diri last minute sebab ada alasan yg sangat2 munasabah...Sebenarnya begini, pada hari pertama pyd 2 iaitu hari jumaat 28 hari bulan,saya sepatutnya menduduki ujian pertengahan sem atau midterm..Saya pun tidak tahu yg kmi ada midterm pada masa itu sebab pnsyarah pun last minute bgitau..so,sy berasa 2 hati sama ada mo pigi pyd atau midterm?
Fikir punya fikir,sy telah mengambil keputusan yg sy tdk sangka2 begitu bijak sekali pada akhirnya la..hehe..Sy p juga Pyd dgn hati yg tenang dan penuh persediaan..

Apa Yg Saya Dpt Masa PYD?

Pada hari pertama,memang tidak dinafikan masih ada perasaan malu sesama peserta dari zon yg berbeza.. Hari pertama tidak byk aktiviti yg dilakukan cuma pada sebelah malamnya,diadakan satu konsert rohani yg sangat2 menyoronokkan..Konsert maraton ini yg berlangsung selama 2 jam 30 minit amat2 memberi impak bagi diri saya..satu perkara yg sy sangat2 suka tentang konsert ini ialah sy merasakan diri sy terlalu sgt2 dekat dgn Tuhan Yesus kerana dari awal hingga akhir,kami sentiasa memujiNya... Tarian,lompatan,step dan semua yg kmi lakukan pada masa itu sehingga mengeluarkan peluh hanyalah sampingan semata-mata kerana paling penting kami telah Bersatu dgn Yesus pada malam itu...fuhh mmng best la konsert rohani 2..(rugi bagi sepa2 yg tidak ikut dia bilang gumi yg terjoin juga pd mlm itu)..

Pada hari kedua,bermula sesi penting iaitu adanya input2 yg penting yg disampaikan olh beberapa org penting..Mungkin salah sy sebab tidak berapa tertarik dgn sesi2 yg lain tetapi apa yg paling menyentuh hati sy ialah semasa sesi Sister Terry yg menceritakan pngalaman beliau semasa zaman kanak2 sehinggalah beliau menjadi seorang sister. Sister menceritakan bahawa kehidupan beliau pada masa dahulu amat payah dan byk dugaan serta cabaran yg terpaksa beliau tempuhi sebelum menjadi sister..satu perkara yg betul2 menyedarkan sy ialah semasa sister baru sahaja mengenal Yesus dan baru berjinak-jinak dgn gereja,byk suara2 sumbang yg cuba menjatuhkannya..(sister pd mulanya kafir/teda agama) Kwn2 sepermainannya cuba menjatuhkannya dgn menyindir dgn kata2 sinis seperti "alim juga ko ni,tiap minggu p gereja".. pada mulanya sister malu apabila ditegur seperti itu tapi dgn berkat kuasa Tuhan,sister terus menguatkan semangatnya sehingga la mnjadi Sister pd masa kini...byk lagi cabaran2 lain yg diceritakan olh sister selepas itu..Sharing sister itu sebenarnya berlaku jg dlm hidup sy..sebab itu la sharing sister itu terus masuk ke dlm hati sy dan menguatkan lagi semangat saya utk terus melayani....Selepas sesi input,kami telah melakukan persediaan utk sunset mass...
Pada sebelah malamnya,kami telah meyaksikan konsert tematik iaitu beberapa tarian dan lakonan...namun,yg paling memberikan kesan kpd sy ialah lakonan gabungan dari terawi yg cukup mantap..Mereka melakonkan tentang cabaran dan godaan2 kehidupan pada masa kini seperti dadah,membunuh,berjudi,hubungan seks dan lain2 lagi sehingga blh melalaikan kita.. namun jika kita percaya pd Tuhan Yesus dan punyai iman yg kukuh,kita akan terus utuh... Kenapa sy suka persembahan ini? kerana pembawaan pelakon2nya yg sgt hidup dan berkesan serta jln ceritanya yg memberi pengajaran..(air mata duyungku ada terkeluar juga laaa)

Hari ketiga(Terakhir)

Hari ketiga ni,biasalah kan..sebelum pulang ke tmpat masing2,minta autograf dulu kaka dari kwn2 yg sama zon dan dari zon yg lain..ada beberapa la juga kwn lama yg sy temui di sini n dpt juga ramai kwn baru dari zon yg lain..sekurang-kurangnya,tercapai juga la objektif PYD 1 ini yg mahu menyatukan belia2 dari setiap zon di paroki penampang.. sebelum pulang,kami telah menghadiri missa dan yg paling best,zon 1 babagon telah ditugaskan di bahagian Koir bersama dgn zon minintod...Brenda selaku kapten menjalankan tugasnya dgn baik dan begitu juga rakan2 yg lain..cuma yg sedihnya,sy x dpt menyanyi kerana suara hilang gara2 konsert rohani..hehe..(dgr2,sonny@yoyou,gundul n ramai lagi geng lain pun x dpt nyanyi..hahaha..)

Itu la serba sedikit pengalaman sy sepanjang PYD1..saya rasa sangat berpuas hati kerana sy telah bersatu dgn Yesus sepanjang PYD ini dan juga mengetahui kepentingan belia pada masa kini bukan sahaja utk gereja tapi utk masyarakat..Dan yg paling menggembirakan hati sy ialah MIDTERM kami yg sepatutnya diadakan pd hari jumaat 2 telah dibatalkan...nmpaknya doa sy supaya midterm dibatalkan betul2 termakbul..hehehe...YESUS SENTIASA MENDENGAR PERMOHONAN KITA SEKIRANYA KITA BERSATU DENGANNYA....(itu la ungkapan yg sy belajar apabila balik dari PYD)



Aktiviti sepanjang PYD 1 Inobong

Wednesday, August 12, 2009

Impak Kempen PULIHKAN,BERSIHKAN,HIJAUKAN Bumi

Sedang sy duduk termenung di bilik seorang diri,tiba-tiba fikiran saya jauh melayang memikirkan perkara2 lepas yg telah saya lalui...entah kenapa tiba2 saya terfikir akan kempen kesedaran dan penjagaan alam sekitar yg diadakan baru2 ini dan sedang berlangsung di zon 1 babagon dan zon 13 moyog..banyak perkara yg saya terfikirkan mengenai dengan perjalanan kempen ini..daripada permulaan sehinggalah ke tahap sekarang..mungkin ada mulut2 org yg nakal mengatakan kempen ini sebenarnya membuang masa,membazir dan macam2 laa...fuhhh!! memang jika melaksanakan sesuatu mesti ada sahaja yg tidak menyukainya..mesti ada sahaja komen2 yg kadang2 amat memeritkan..tapi sebagai belia yg berfikiran terbuka sy rasa komen2 yg seperti inilah yg memberi kita kekuatan utk terus melaksanakan tanggungjawab..

sekitar majlis pelancaran kempen di kg madsiang

Sejujurnya,bagi saya,pelaksanaan kempen ini sebenarnya membawa banyak kesan positif bukan sahaja kepada diri saya sendiri tetapi apa yg dapat saya lihat ialah kepada KBP induk sendiri malah kepada belia2 seluruh zon 1 dan zon 13 moyog.Sebagai tambahan,kempen ini turut memberikan kesan positif kepada persekitaran selaras dengan tema kempen iaitu bersihkan,pulihkan dan hijaukan bumi..Berbeza sebelum penglibatan saya dalam kempen ini, dulunya saya seorang yg agak pasif dan suka menyendiri tetapi selepas melibatkan diri dlm kempen ini,saya merasakan ada perubahan ketara dalam diri saya dan keyakinan diri juga semakin utuh..(satu kesan positif)..Selain itu,ahli2 dalam kbp induk juga turut mendapat impak positifnya..saya dapat melihat kerjasama di antara semua ahli kbp induk dalam menjayakan kempen ini sehinggakan hubungan yg dulunya tidak begitu rapat menjadi terlalu rapat..hehe.. Jurang perhubungan menjadi kecil sehinggakan setiap ahli dianggap sebagai sebahagian daripada keluarga sendiri...(kesan positif lagi...)


sebahagian daripada wajah2 KBP induk dan team sokongan,gambar paling kanan menunjukkan mdm christina sedang asyik melayani telatah anak buahnya iaitu gundul dan rofrino..
Tidak cukup dengan itu,kita juga boleh melihat perubahan ketara dalam kalangan belia setiap kampung..Beberapa kampung yg telah memperlihatkan perubahan sikap belianya ialah kg timpoluon,moyog dan kipovo yg dulunya agak pasif belianya..tetapi setelah kempen ini diadakan, belianya semakin aktif dan sekaligus menunjukkan kempen ini memberikan impak yg positif.. Tidak dinafikan bahawa tahap perubahan kebersihan di setiap kampung tidak begitu ketara selepas kempen ini dilaksanakan di kg masing2 tetapi sekurang-kurangnya ianya membuka mata semua lapisan komuniti kg bahawa para belia bersemangat tinggi utk menjaga kebersihan persekitaran..mungkin tidak keterlaluan jika sy nyatakan bahawa ada sesetengah pihak yg mula membuka mata,minda,telinga dan langkah bahawa betapa pentingnya menjaga alam sekitar kerana alam sekitar merupakan tempat tinggal kita..


Antara aktiviti yg dilakukan sepanjang kempen:bincang,bentang & kutip
Konklusinya,kempen kesedaran dan penjagaan alam sekitar yg diadakan di sekitar zon 1 babagon dan zon 13 moyog ini sebenarnya membawa banyak kesan positif bukan sahaja kepada diri saya sendiri malahan org lain dan juga turut mengubah persepsi sesetengah pihak terhadap aktiviti belia pada masa kini..Oleh itu,kepada rakan2 seperjuangan yg bertungkus lumus menjayakan kempen ini terutamanya mdm christina,flevia,gumi,sonny,gillie,gundul,roynston, ading dan tidak lupa juga gibo dan semua yg terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung,teruskan perjuangan kita..kerana kata si gibo,"mencuba sesuatu itu adalah lebih baik daripada tidak mencuba langsung"..Semoga usaha kita semua diberkati olehNya...Shalllomm..

"HUJAN" OH "HUJAN"

Alahaiiiiiii...apa dah jadi dgn belia seperti saya ni...tiap minggu main "hujan".....hahaha... opppppssss...ada sesiapa ke yg tak tau mksd "hujan" dalam konteks belia zon 1 babagon ni???huhuhu...."hujan" dalam erti kata lain ialah moginum,aramaitiii ataupun minum utk menghilangkan stress kaka la..haha...malam jumaat,sabtu atau ahad mesti jadi sasaran utk bersama-sama dengan geng main "hujan" seperti sonny,gillie,gumi,roynston,gundul,ading dan yg sewaktu dengannya..hahaha...lokasinya tidak lain tidak bukan kalau di koobian tempat yang paling syok...huhu..kadang2 d rmh si bibir juga la...(bibir ialah penulis)..

kelihatan gumi,gundul,roy & bibir sdg "monorungak" makanan & minuman

Tujuan sebenar saya menulis tentang aktiviti "hujan" ini sebenarnya bukan utk membuka pekung sendiri atau kwn2 tetapi sekadar ingin berkongsi betapa belia memang tidak boleh dipisahkan dengan "air hujan"....huhu!!(jgn marah mdm christina klo terbaca laaa)...TETAPI, utk pengetahuan semua,kumpulan kami bermain "hujan" ada hadnya yer...bukan macam sesetengah org yg main "hujan"sampai "olondod"...hehe...

sonny@yoyou bersemangat mau kasih habis tiger dia...huhu..

Rasanya,tidak keterlaluan jika saya mengatakan bahawa main "hujan" sebenarnya dibolehkan cuma mesti tau akan hadnya kan...(tgk mcm kami..hoho..)kadang2 jika kita main "hujan" ni,kita boleh kumpul ramai2 terutamanya yg satu kepala dgn kita..paling tidak boleh dilupakan ialah adanya sesi meluahkan perasaan..wahahahhaa....paling best luahan hati roy@guntoto..huhu.. tapi isi luahan hatinya dirahsiakan sebab kami semua sdh mengikat perjanjian bahawa segala luahan hati tidak boleh dibawa keluar....huhuhu....

minuman harus dikongsi bersama..wahaha...tiada yg terkecuali..(sory mdm)

Well,kepada belia2 diluar sana(terutama yg terbaca blog ini),nasihat saya,kalau mau main "hujan"jgn la main sampai "demam" yer...mesti ada hadnya..huhu...dan kepada kawan2ku, teruskan usaha anda utk main "hujan"dan jgn lupa bawa saya..hahahhaa....kepada mdm chris & flavia,next time join la kami d koobian...huhu..anyway,thanx 4 your support and keep up the good work..keep praying and may God Bless U...Shalllllommmmm!!!!!

Monday, August 3, 2009

SAYA BELIA ZON 1 BABAGON

Belia pun pandai "rumasam" juga...hehe..
Hai semua yg mengenali saya atau yg baru saja kenal...hehe...saya sebenarnya tak tau apa nak ceritakan dalam blog ini tapi satu perkara yg pasti saya teruja nak share ialah saya BANGGA MENJADI BELIA DARI ZON 1 BABAGON....hehe..KENAPA? kerana saya dilahirkan di kawasan zon 1 babagon..hahaha...
Sebenarnya,banyak perkara yg saya boleh banggakan kerana menjadi belia zon 1 babagon..Yg pertama kerana saya rasa zon 1 babagon mempunyai persekitaran yg sangat indah,aman dan damai...(terutamanya di KOOBIAN BABAGON) yg kedua,belia2 di zon 1 babagon kebanyakannya sporting dan happy go lucky..dan paling penting sudah menjadi trademark "MELATAH"...hehehe...satu lagi,saya amat berbangga menjadi belia zon 1 babagon kerana adanya pasukan yg kuat terutamanya daripada KBP induk sendiri yg dibarisi oleh mdm christina, flavia,gibo,kilur,sonny,gillie,gumi,roynston,gundul,louis,rofrino, DLL yg sangat supportive dan prihatin... Anyway,God bless us dan jadilah belia yg berguna kepada zon.....SHALLOM!!!