Wednesday, February 3, 2010

Historia Est Vitae Magistra

Historia est vitae magistra>>> sejarah adalah guru kehidupan..
Kata2 sakti ini diungkapkan oleh sarjana terkenal latin yg menganggap sejarah itu penting. Tidak dinafikan bahawa sejarah adalah bidang ilmu yg sgt penting dan wajar dipelajari oleh semua orang...bukan nak mempromosi bidang ilmu sejarah di sini...malah bukan juga untuk memancing, meminta atau memaksa rakan2 atau sesiapa sahaja yg membaca artikel ini utk meminati bidang sejarah tetapi sekadar ingin berkongsi tentang peri pentingnya ilmu sejarah ini...
Malahan, mantan PM kita sendiri iaitu Datuk seri Dr Mahathir Mohammad turut menyeru rakyatnya agar mempelajari sejarah...Beliau juga memetik kata2 ahli falsafah Amerika iaitu George Santayana yang pernah berkata "those who forget the lessons of history will be condemned to repeat their mistakes over and over again" atau erti dlm bahasa melayunya, "mereka yg lupakan pengajaran daripada sej akan dihukum utk mengulangi kesilapan mereka berulang-ulang kali"...
Cuba kita bayangkan asal usul kita...?
Bagaimana kita dikandung dan dilahirkan oleh ibu kita....?
Bagaimana kehidupan kita sebelum ini?
Bukankah itu sebagai suatu sejarah dalam hidup kita?
Dan cuba pula bayangkan jika kita tidak mengetahui asal usul kita...diri kita...tentu sekali kita akan sesat dan mudah untuk diperkotak-katikkan oleh orang lain kan?Mungkin maklumat mengenai sejarah yg sy berikan ini tidak mencukupi atau dengan lebih tepat lagi tidak jelas..tetapi rasanya sudah cukup untuk membuka minda kita semua tentang kepentingan ilmu dan bidang sejarah ini...Oleh itu,sebagai insan yg menghargai bidang sejarah,sy rasa,elok la kita semua tidak meminggirkan ilmu sejarah walaupun kita mempelajari bidang2 atau disiplin ilmu yg lain...
**Buah Fikiran Seorang Penuntut Sejarah**

No comments:

Post a Comment