Tuesday, October 23, 2012

Berbelia selagi masih belia......

Gambar: Revolusi Belia II

Shallom,

Ini kalilah..hehe.. saja mahu update blog yang lama tidak kena update... Bha, apa cerita kita ini? Well, kalau saya cerita terbaru macam2 ada laaaa... Tapi yang saya mau kongsi di sini ialah mengenai dengan perkembangan terbaru belia di Zon 1 Babagon... 

Tanpa rasa ragu-ragu, saya selaku ketua belia (KBPZ 1 bagi penggal 2010-2012), amat berpuashati dengan keadaan belia di Zon naungan sendiri. Saya boleh lihat penglibatan aktif belia sepanjang aktiviti yang diadakan.. Bukan sahaja aktiviti peringkat Zon, malah aktiviti peringkat Paroki turut mendapat sambutan, buktinya seperti gambar2 yang berikut:

Gambar: SYD3 Tambunan 2012

Gambar: Ekspedisi Menawan Puncak Kinabalu, 9-10 Ogos

Gambar: Pentahbisan Deacon Daniel menjadi Father, 4 Ogos 2012

Inilah sebahagian daripada aktiviti-aktiviti belia Zon 1 Babagon yang berlangsung sepanjang tahun ini.. Aktifkan belia2 di sini?? hehe,... Bha, bukan la bha mau menunjuk-nunjuk tetapi sekadar mahu berkongsi khabar gembira ini kepada umum.. hehe.. walauapapun, terima kasih kepadaNya kerana terus memimpin belia2 kami untuk terus berjalan di atas "landasanNya". Puji Tuhan..

Tidak lama lagi, Kepimpinan KBP Zon 1 akan bertukar untuk sesi 2012-2014. Apa yang saya mahu katakan di sini kepada bakal-bakal peneraju KBP Induk yang baru adalah "Berbelialah selagi anda masih belia", Maksudnya, jangan sia-siakan zaman belia anda.... Jadilah Belia yang berkualiti dan berguna kepada umat... =)

Tuhan Memberkati kita Semua.....

No comments:

Post a Comment