Thursday, September 10, 2009

Pengalaman saya semasa Penampang Youth Day(pyd) 1

Shalom semua..harap sihat2 belaka seperti saya ni yg terlebih sihat..hehe..Hari ni sy ingin berkongsi dengan anda semua tentang pengalaman saya sepanjang menyertai PYD 1 yg bertempat di Zon inobong pada 28,29 & 30 Ogos.
Emmm,mcm mana mau mula ya...emm sebenarnya,sy dua hati juga bah mo ikut 2 pyd kaka 2... Sy kira mo tarik diri last minute sebab ada alasan yg sangat2 munasabah...Sebenarnya begini, pada hari pertama pyd 2 iaitu hari jumaat 28 hari bulan,saya sepatutnya menduduki ujian pertengahan sem atau midterm..Saya pun tidak tahu yg kmi ada midterm pada masa itu sebab pnsyarah pun last minute bgitau..so,sy berasa 2 hati sama ada mo pigi pyd atau midterm?
Fikir punya fikir,sy telah mengambil keputusan yg sy tdk sangka2 begitu bijak sekali pada akhirnya la..hehe..Sy p juga Pyd dgn hati yg tenang dan penuh persediaan..

Apa Yg Saya Dpt Masa PYD?

Pada hari pertama,memang tidak dinafikan masih ada perasaan malu sesama peserta dari zon yg berbeza.. Hari pertama tidak byk aktiviti yg dilakukan cuma pada sebelah malamnya,diadakan satu konsert rohani yg sangat2 menyoronokkan..Konsert maraton ini yg berlangsung selama 2 jam 30 minit amat2 memberi impak bagi diri saya..satu perkara yg sy sangat2 suka tentang konsert ini ialah sy merasakan diri sy terlalu sgt2 dekat dgn Tuhan Yesus kerana dari awal hingga akhir,kami sentiasa memujiNya... Tarian,lompatan,step dan semua yg kmi lakukan pada masa itu sehingga mengeluarkan peluh hanyalah sampingan semata-mata kerana paling penting kami telah Bersatu dgn Yesus pada malam itu...fuhh mmng best la konsert rohani 2..(rugi bagi sepa2 yg tidak ikut dia bilang gumi yg terjoin juga pd mlm itu)..

Pada hari kedua,bermula sesi penting iaitu adanya input2 yg penting yg disampaikan olh beberapa org penting..Mungkin salah sy sebab tidak berapa tertarik dgn sesi2 yg lain tetapi apa yg paling menyentuh hati sy ialah semasa sesi Sister Terry yg menceritakan pngalaman beliau semasa zaman kanak2 sehinggalah beliau menjadi seorang sister. Sister menceritakan bahawa kehidupan beliau pada masa dahulu amat payah dan byk dugaan serta cabaran yg terpaksa beliau tempuhi sebelum menjadi sister..satu perkara yg betul2 menyedarkan sy ialah semasa sister baru sahaja mengenal Yesus dan baru berjinak-jinak dgn gereja,byk suara2 sumbang yg cuba menjatuhkannya..(sister pd mulanya kafir/teda agama) Kwn2 sepermainannya cuba menjatuhkannya dgn menyindir dgn kata2 sinis seperti "alim juga ko ni,tiap minggu p gereja".. pada mulanya sister malu apabila ditegur seperti itu tapi dgn berkat kuasa Tuhan,sister terus menguatkan semangatnya sehingga la mnjadi Sister pd masa kini...byk lagi cabaran2 lain yg diceritakan olh sister selepas itu..Sharing sister itu sebenarnya berlaku jg dlm hidup sy..sebab itu la sharing sister itu terus masuk ke dlm hati sy dan menguatkan lagi semangat saya utk terus melayani....Selepas sesi input,kami telah melakukan persediaan utk sunset mass...
Pada sebelah malamnya,kami telah meyaksikan konsert tematik iaitu beberapa tarian dan lakonan...namun,yg paling memberikan kesan kpd sy ialah lakonan gabungan dari terawi yg cukup mantap..Mereka melakonkan tentang cabaran dan godaan2 kehidupan pada masa kini seperti dadah,membunuh,berjudi,hubungan seks dan lain2 lagi sehingga blh melalaikan kita.. namun jika kita percaya pd Tuhan Yesus dan punyai iman yg kukuh,kita akan terus utuh... Kenapa sy suka persembahan ini? kerana pembawaan pelakon2nya yg sgt hidup dan berkesan serta jln ceritanya yg memberi pengajaran..(air mata duyungku ada terkeluar juga laaa)

Hari ketiga(Terakhir)

Hari ketiga ni,biasalah kan..sebelum pulang ke tmpat masing2,minta autograf dulu kaka dari kwn2 yg sama zon dan dari zon yg lain..ada beberapa la juga kwn lama yg sy temui di sini n dpt juga ramai kwn baru dari zon yg lain..sekurang-kurangnya,tercapai juga la objektif PYD 1 ini yg mahu menyatukan belia2 dari setiap zon di paroki penampang.. sebelum pulang,kami telah menghadiri missa dan yg paling best,zon 1 babagon telah ditugaskan di bahagian Koir bersama dgn zon minintod...Brenda selaku kapten menjalankan tugasnya dgn baik dan begitu juga rakan2 yg lain..cuma yg sedihnya,sy x dpt menyanyi kerana suara hilang gara2 konsert rohani..hehe..(dgr2,sonny@yoyou,gundul n ramai lagi geng lain pun x dpt nyanyi..hahaha..)

Itu la serba sedikit pengalaman sy sepanjang PYD1..saya rasa sangat berpuas hati kerana sy telah bersatu dgn Yesus sepanjang PYD ini dan juga mengetahui kepentingan belia pada masa kini bukan sahaja utk gereja tapi utk masyarakat..Dan yg paling menggembirakan hati sy ialah MIDTERM kami yg sepatutnya diadakan pd hari jumaat 2 telah dibatalkan...nmpaknya doa sy supaya midterm dibatalkan betul2 termakbul..hehehe...YESUS SENTIASA MENDENGAR PERMOHONAN KITA SEKIRANYA KITA BERSATU DENGANNYA....(itu la ungkapan yg sy belajar apabila balik dari PYD)



Aktiviti sepanjang PYD 1 Inobong

No comments:

Post a Comment