Wednesday, August 12, 2009

Impak Kempen PULIHKAN,BERSIHKAN,HIJAUKAN Bumi

Sedang sy duduk termenung di bilik seorang diri,tiba-tiba fikiran saya jauh melayang memikirkan perkara2 lepas yg telah saya lalui...entah kenapa tiba2 saya terfikir akan kempen kesedaran dan penjagaan alam sekitar yg diadakan baru2 ini dan sedang berlangsung di zon 1 babagon dan zon 13 moyog..banyak perkara yg saya terfikirkan mengenai dengan perjalanan kempen ini..daripada permulaan sehinggalah ke tahap sekarang..mungkin ada mulut2 org yg nakal mengatakan kempen ini sebenarnya membuang masa,membazir dan macam2 laa...fuhhh!! memang jika melaksanakan sesuatu mesti ada sahaja yg tidak menyukainya..mesti ada sahaja komen2 yg kadang2 amat memeritkan..tapi sebagai belia yg berfikiran terbuka sy rasa komen2 yg seperti inilah yg memberi kita kekuatan utk terus melaksanakan tanggungjawab..

sekitar majlis pelancaran kempen di kg madsiang

Sejujurnya,bagi saya,pelaksanaan kempen ini sebenarnya membawa banyak kesan positif bukan sahaja kepada diri saya sendiri tetapi apa yg dapat saya lihat ialah kepada KBP induk sendiri malah kepada belia2 seluruh zon 1 dan zon 13 moyog.Sebagai tambahan,kempen ini turut memberikan kesan positif kepada persekitaran selaras dengan tema kempen iaitu bersihkan,pulihkan dan hijaukan bumi..Berbeza sebelum penglibatan saya dalam kempen ini, dulunya saya seorang yg agak pasif dan suka menyendiri tetapi selepas melibatkan diri dlm kempen ini,saya merasakan ada perubahan ketara dalam diri saya dan keyakinan diri juga semakin utuh..(satu kesan positif)..Selain itu,ahli2 dalam kbp induk juga turut mendapat impak positifnya..saya dapat melihat kerjasama di antara semua ahli kbp induk dalam menjayakan kempen ini sehinggakan hubungan yg dulunya tidak begitu rapat menjadi terlalu rapat..hehe.. Jurang perhubungan menjadi kecil sehinggakan setiap ahli dianggap sebagai sebahagian daripada keluarga sendiri...(kesan positif lagi...)


sebahagian daripada wajah2 KBP induk dan team sokongan,gambar paling kanan menunjukkan mdm christina sedang asyik melayani telatah anak buahnya iaitu gundul dan rofrino..
Tidak cukup dengan itu,kita juga boleh melihat perubahan ketara dalam kalangan belia setiap kampung..Beberapa kampung yg telah memperlihatkan perubahan sikap belianya ialah kg timpoluon,moyog dan kipovo yg dulunya agak pasif belianya..tetapi setelah kempen ini diadakan, belianya semakin aktif dan sekaligus menunjukkan kempen ini memberikan impak yg positif.. Tidak dinafikan bahawa tahap perubahan kebersihan di setiap kampung tidak begitu ketara selepas kempen ini dilaksanakan di kg masing2 tetapi sekurang-kurangnya ianya membuka mata semua lapisan komuniti kg bahawa para belia bersemangat tinggi utk menjaga kebersihan persekitaran..mungkin tidak keterlaluan jika sy nyatakan bahawa ada sesetengah pihak yg mula membuka mata,minda,telinga dan langkah bahawa betapa pentingnya menjaga alam sekitar kerana alam sekitar merupakan tempat tinggal kita..


Antara aktiviti yg dilakukan sepanjang kempen:bincang,bentang & kutip
Konklusinya,kempen kesedaran dan penjagaan alam sekitar yg diadakan di sekitar zon 1 babagon dan zon 13 moyog ini sebenarnya membawa banyak kesan positif bukan sahaja kepada diri saya sendiri malahan org lain dan juga turut mengubah persepsi sesetengah pihak terhadap aktiviti belia pada masa kini..Oleh itu,kepada rakan2 seperjuangan yg bertungkus lumus menjayakan kempen ini terutamanya mdm christina,flevia,gumi,sonny,gillie,gundul,roynston, ading dan tidak lupa juga gibo dan semua yg terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung,teruskan perjuangan kita..kerana kata si gibo,"mencuba sesuatu itu adalah lebih baik daripada tidak mencuba langsung"..Semoga usaha kita semua diberkati olehNya...Shalllomm..

No comments:

Post a Comment