Monday, March 29, 2010

Persembahan utk Pelajar Unitar..

Pada 27 bln 3 2010, beberapa orang pelajar dari kolej UNITAR(25 org) telah membuat lawatan sambil belajar di Kampung Babagon. Mereka berada di Babagon selama 2 hari 1 malam. Objektif kedatangan mereka di Kg Babagon adalah untuk melihat dan mengetahui cara Kg Babagon menjaga dan memulihara alam sekitar di samping berkenal-kenalan dengan "sistem tagal".
Sebahagian daripada pelajar UNITAR yg membuat persembahan

Pelajar2 UNITAR ini tiba sekitar jam 11am. Sebelah siangnya, tidak banyak aktiviti yang dilakukan oleh mereka. Cuma mandi sungai ja lar aktiviti utama mereka di samping berbincang untuk aktiviti sebelah malam.
Sebelah petangnya pula, belia2 Kg Babagon telah mengajak beberapa orang daripada mereka untuk bermain bola tampar. Memang best main sama dorang ni sebab sporting!
Sebelah malam pula, barulah aktiviti sebenar mereka bermula. Banyak input2 berguna telah disampaikan oleh JKK kg Babagon En Dennis dan juga En Gidius mengenai dengan keadaan Kg Babagon serta Kg2 naungannya di Pentas Tagal Babagon. Selepas tamat Ceramah daripada org2 kuat Kg Babagon ini, sesi soal jawab bersama pelajar telah diadakan dan beberapa soalan yg boleh dikira hangat telah diajukan. Soalan paling menyentuh hati kami para belia ialah "nampaknya, aktiviti2 yg diadakan di kg Babagon ini lebih dimonopoli oleh warga dewasa dan veteran...Adakah belia di Kg ini tidak aktif?" Satu persoalan yg agak mencabar para belia di Kg Babagon kan? hehe..well, nasib baik En Dennis pandai menjawab soalan tersebut. Mungkin disebabkan kurangnya gambar2 mengenai aktiviti2 belia semasa presentation En Dennis membuatkan pelajar2 UNITAR terbabit menanyakan soalan sedemikian.
Selepas tamat sesi soal jawab, kini tibalah giliran kami para belia untuk menunjukkan bakat tarian yang tidak seberapa...hehe..Sebenarnya, ada kisah di sebalik persembahan tarian sumazau kami ini. Semasa latihan, penari2 sepatutnya terdiri daripada Mell,Davy,Lalos dan Gundul(lelaki) dan Afay,Achel,Mimie dan Elsie(perempuan). Namun, atas sebab2 yg tidak dapat dielakkan, Mell memberitahu Puan Maryn Atam(big bos) bahawa dia tdk dapat join 2 tarian. Last Minute lagi dia bagitau 2,kira2 30minit sebelum persembahan bermula. So, kelam kabut juga lar dorang Afay cari pengganti..Kunun2 sy lar jadi hero pada malam 2 sebab ngam2 sy berada di Babagon(rmh Ovin) dan Afay memaksa sy utk join dorang. Mulanya sy tidak mau sebab takut merosakkan tarian dorang yg sudah dikira mantap. Tapi atas desakan dan rasa kasihan pula dengan penat lelah dorang berlatih sepanjang malam dan tiba2 dibatalkan, so sy pun kasi ok ja lar..Nah, berlatih lar kunun sy dalam masa yg agak singkat iaitu kira2 2 kali round lar kunun.
Syukur kepada Tuhan lar sebab persembahan kami pada malam itu berjaya juga dan mendapat respon yang positif daripada pelajar UNITAR. Tuhan Memberkati!!
Selepas itu, sesi makan2 berlangsung dan seterusnya sesi beramah mesra dengan Pelajar2 UNITAR. Menari,bergambar dan menyanyi lar kunun sepuas hati dan bersurai sekitar jam 11pm..

No comments:

Post a Comment