Tuesday, March 30, 2010

Propasal Diterima...

Petang tadi, semua pelajar tahun 2 Program Sejarah UMS telah membuat pembentangan untuk Cadangan Penyelidikan/Tesis di depan pensyarah Kursus Tatacara Penyelidikan & Penulisan Sejarah Dr Bilcher Bala.
Pembentangan ini penting kerana ianya menentukan tajuk penyelidikan kelak semasa Tahun Akhir.Dan Tesis ini juga penting sebab ianya akan menentukan samaada seseorang itu boleh bergraduasi ataupun tidak.Pendek kata, kalau gagal, tidak la dapat graduate..hehe..
Saya telah membentangkan mengenai Sistem Tagal:kajian tentang pelaksanaannya serta sumbangannya kepada Masyarakat dusun di Kg Babagon(1990-2010). Syukur kerana cadangan penyelidikan saya ini diterima dan menerima respon positif daripada pensyarah kerana saya satu2nya pelajar yang memilih untuk membuat penyelidikan mengenai dengan tajuk ini.
Oleh itu, diharap sesiapa yang ada maklumat mengenai dengan sistem tagal ini dapatlah berkongsi maklumat dengan saya. Semoga Penyelidikan saya ini kelak sukses dan dapat memberikan manafaat kepada masyarakat..Tuhan Memberkati...

No comments:

Post a Comment